Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Pejabat Penasihat Agama kepada Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Tabung Haji dan Berita Harian akan menganjurkan Karnival Transformasi Sistem Pengurusan Islam di Malaysia 2011 pada 30 September hingga 2 Oktober 2011 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
2. Antara aktiviti karnival tersebut ialah penganjuran seminar. Sehubungan dengan itu, pihak penganjur dengan penuh takzim mengundang Tuan/Puan untuk membentangkan kertas kerja pada seminar berkenaan yang berkaitan dengan enam bidang tumpuan seminar, iaitu:
· Sistem Pentadbiran
· Sistem Pendidikan
· Sistem Perbankan dan Kewangan Islam
· Sistem Perundangan dan Kehakiman
· Sistem Kesenian dan Kebudayaan
· Sistem Diplomasi dan Hubungan Antarabangsa
3. Adalah dimaklumkan bahawa setiap penulis yang berjaya diterima untuk membentangkan kertas kerja pada seminar ini perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja). Garis panduan penyediaan kertas kerja seminar adalah seperti berikut:
i. Dalam bentuk hasil penyelidikan, konseptual, pemerhatian, pensejarahan, dokumentasi semasa, kajian literatur, komentar atau pandangan dan cadangan.
ii. Bahasa kertas kerja boleh ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dan perlu mempunyai rujukan.
iii. Kertas kerja yang dikemukakan adalah antara 4000 – 5000 patah perkataan (16 – 20 halaman ditaip langkau baris).
iv. Abstrak kertas kerja yang sekitar 150 patah perkataan perlu dihantar kepada pihak penganjur sebelum 5 Ogos 2011 untuk dinilai. Setiap abtrak hendaklah mempunyai nama, alamat emel dan nombor telefon dan boleh dihantar secara online kepada musa@usim.edu.my.
v. Keputusan penilaian akan dimaklumkan kepada penulis pada 12 Ogos 2011. Manakala kertas kerja penuh yang diterima untuk pembentangan perlu sampai kepada penganjur pada 9 September 2011 bagi menyediakan prosiding seminar.
4. Untuk makluman, kertas kerja yang diterima akan dibukukan sebagai prosiding dan dijangka dilancarkan oleh Y.A.B Perdana Menteri. Kerjasama Tuan/Puan untuk menulis dan membentang kertas kerja pada seminar ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Salam hormat,
(DR. MOHD. RUSHDAN MOHD. JAILANI)
Pengarah
Seminar Transformasi Sistem Pengurusan Islam di Malaysia










